Kami komited menyediakan perkhidmatan kesihatan primer yang bertaraf tinggi, responsif, dan komprehensif. Setiap rawatan dikendalikan dengan penuh etika oleh barisan pegawai perubatan kami yang bertauliah dan berpengalaman luas.
Berpengalaman
16+ Tahun
Klinik Panel Kepada Agensi & Korporat












































Kami menerapkan standard klinikal yang ketat dengan penekanan kepada pemantauan dan tindakan susulan (follow-up) pesakit. Ini bagi memastikan intervensi rawatan mencapai hasil yang optimum dan tahap kesihatan pelanggan sentiasa terjamin.
Dikendalikan oleh pasukan perubatan bertauliah.
Kos rawatan dan ubatan yang mampu milik.
Ruang menunggu yang mesra keluarga & bersih.
Pengurusan sistematik untuk jimatkan masa anda.
Pelbagai perkhidmatan disediakan dalam satu tempat. Dari rawatan luka kencing manis hinggalah pemeriksaan kesihatan menyeluruh.
Sakit Sendi, Pinggang & Kebas
Rawatan untuk gangguan/kerosakan sistem saraf seperti Bell's palsy, slip disc, strok, carpal tunnel, dan kebas-kebas. Sesuai untuk warga emas, pesakit diabetes, dan pekerja berat.
Rawatan Luka Kencing Manis
Rawatan luka diabetes dan ulser memerlukan penjagaan klinikal yang rapi. Kami menggunakan aplikasi teknik 'Modern Dressing' untuk mengawal kelembapan luka, merangsang pembentukan tisu baharu secara optimum, dan mencegah jangkitan silang.
Ear Irrigation Profesional
Masalah tahi telinga keras (impacted cerumen) boleh menjejaskan pendengaran. Melalui prosedur ini, kotoran akan dibersihkan menggunakan tekanan air terkawal dengan selamat tanpa mencederakan gegendang telinga.
Pencegahan Demam Kepialu
Langkah pencegahan utama selaras dengan piawaian KKM bagi pengusaha dan pengendali makanan. Proses suntikan adalah ringkas, pantas, dan membantu membendung penyebaran bakteria berbahaya.
Full Blood Count (FBC)
Jangan pandang remeh pada demam yang berlarutan. Kami menawarkan ujian profil darah ini secara terus bagi mengesan tanda awal jangkitan Denggi, virus, atau bakteria seawal hari pertama anda demam.
Saringan Kesihatan Komprehensif
Pencegahan lebih baik daripada merawat. Lakukan saringan profil lipid, fungsi buah pinggang, dan ujian gula (HBA1C). Konsultasi laporan perubatan akan diberikan oleh pegawai perubatan secara terperinci.
Kami dibarisi oleh pegawai perubatan (Medical Officers) yang berpengalaman, komited dan berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC).
Medical Officer • 16 Tahun Pengalaman
UKM (2010) | MMC: 54132
Berpengalaman dalam rawatan pesakit luar serta penjagaan kesihatan primer. Komited dalam memberikan rawatan profesional, selamat dan mesra pesakit.
Medical Officer • 6 Tahun Pengalaman
Widad Univ (2019) | MMC: 100086
Komited terhadap rawatan berpusatkan pesakit. Berpengalaman dalam rawatan umum, kesihatan keluarga dan pengurusan kesihatan harian.
Medical Officer • 6 Tahun Pengalaman
Mahsa Univ (2019) | MMC: 97290
Berpengalaman urus penyakit akut/kronik dan pemeriksaan kesihatan. Sentiasa mengutamakan kebajikan & keselesaan pesakit di klinik am.
Medical Officer • 5 Tahun Pengalaman
Widad Univ (2020) | MMC: 103860
Pakar dalam konsultasi pesakit luar, rawatan susulan, prosedur kecil pembedahan dan pendidikan kesihatan secara terus kepada pesakit.
Medical Officer • 6 Tahun Pengalaman
UiTM (2017) | MMC: 89112
Berdedikasi memberikan perkhidmatan kesihatan berkualiti. Berpengalaman luas merangkumi rawatan primer, saringan dan penyakit kronik.
Keyakinan anda keutamaan kami. Ini adalah ulasan telus daripada pesakit-pesakit kami.
Posted on Google Nurulaina Afifah binti RoslanTrustindex verifies that the original source of the review is Google. Fasiliti lengkap, service terbaikPosted on Google MIMISABRINA JUPILISTrustindex verifies that the original source of the review is Google. Fast service, nice doctor and harga pun berpatutan... Your staff pon semua lemah lembut, kami dari muar.. thank youPosted on Google Ikhwan NizamTrustindex verifies that the original source of the review is Google. MesraPosted on Google Addy MujibTrustindex verifies that the original source of the review is Google. OK: fast waiting period, nice doctors, cheap fees for medication. 3 doctors on each session KO: parking is somewhat hard to get
"Klinik sangat selesa, doktor beri penerangan yang jelas. Bawa anak demam ke sini, layanan staff sangat mesra dan cepat."
"Buat rawatan luka diabetes ayah kat sini (modern dressing). Alhamdulillah nampak perubahan, luka cepat kering. Harga pun sangat berpatutan."
"Suntikan typhoid murah dan pantas. Tak perlu tunggu lama. Klinik pun bersih dan moden. Sangat disyorkan untuk orang area Jempol!"
"Pertama kali datang buat full blood count sebab demam. Doktor terangkan satu persatu keputusan darah. Sangat berpuas hati dengan servis."
"Rawatan saraf pinggang kat sini memang terbaik. Ruang menunggu luas, selesa, staff pun friendly. Memang lima bintang."
Pencerahan kepada persoalan yang sering diajukan oleh pelanggan kami.
Kunjungi Klinik An-Nur Jempol pilihan ramai yang terletak secara strategik di Bandar Seri Jempol. Fasiliti kami amat mudah diakses, berhampiran dengan tanda tempat (landmark) seperti Jati Frozen dan Sekolah Kebangsaan Dato’ Penghulu Luak Jempol.
NO. 287, Tingkat Bawah, Jalan Serting Utama 7,
Taman Serting Utama,
Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan.